3 berita kematian dalam masa sehari...
Bila terdengar khabar kematian, suatu perasaan yang halus terdetik di hati.. Aku bila? Hutang dengan Allah masih tak terbayar. Muhasabah amalan yang akan dibawa sebagai bekal...
1) Solat (tak khusyu', lengah-lengah, purata hanya 1 atau dua kali berjemaah sehari).. Cukup ke?
2) Puasa (semakin kurang sunatnya, wajib pun belum berganti) Cukup ke?
3) Al-Quran, makin lama semakin kurang.. Hanya dua kali sahaja khatam tahun ni.. Cukup ke? Al-Quran yang dilupakan.. (Bagaimana untuk jawab dengan Allah?)
4) Kerja yang sentiasa tertangguh
5) Tanggungjawab dengan masyarakat ( balik rumah buat kerja sendiri x peduli orang lain) Boleh lepas ke?
6) Hubungan dengan ibu (errr
7) Hubungan dengan sahabat-sahabat (Halalkan semua salah dan amanah yang tidak tertunai jika ini entri terakhir) Love u all lillahi
8) Masa (I've put a lot of my time to scroll facebook, reply whatsap, instagram, twitter etc sehingga berkurang amalan, astaghfirullahal azim).. Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik
9)....., banyak dan masih banyak akan dipersoalkan..
Semoga dilepaskan segala kesusahanku di kubur, dicukupkan bekalanku di akhirat.. Bertemu denganMu dengan senyuman bahagia..Berlari-lari memeluk Rasulullah s.a.w yang tercinta.. Berjiran dengan para solihin di mahligai yang indah... Amiiin..
Cepat tunaikan hak-hak sebelum bertemu Ilahi...
Laparoscopy di Hospital Pantai
4 years ago