Sunday, February 20, 2011

There It Is

Imaginasi saya menggambarkan orang-orang yang hebat datang memberi saya sesuatu..

Rasulullah s.a.w: "Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut." (Riwayat Bukhari & Muslim)

 Lukmanul Hakim: "Wahai anakku Ainun, bergaullah dengan ulama dan dengarkanlah perkataan ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah (Ilmu) sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan yang lebat"

Ali bin Abi Talib: "Ilmu adalah sebaik-baik pusaka (warisan)."

Imam Syafi'e:"Orang yang tidak menyukai Ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya"
"Menuntut Ilmu lebih utama daripada solat sunat"
"Tidak ada yang lebih utama sesudah pekerjaan fardhu selain menuntut ilmu"

Ahli Hikmah:
"Ilmu yang ada di dalam hati laksana matahari pada tempat peredarannya dan Ilmu yang ada pada seseorang laksana mahkota bagi raja"

Ahlus Sya'ir
: "Orang 'alim itu mulia walaupun ia kecil, sedang orang bodoh itu kecil walaupun ia tua renta. Belajarlah kamu kerana tidak seorang pun lahir dalam keadaan berilmu. Tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang bodoh. Sesungguhnya pembesar sesuatu kaum yang tidak berilmu itu kecil apabila berkumpul dalam majlis"

Daripada Kitab Ihfazillah Yahfazka - Karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni. Sedutan daripada VCD Carilah Redho Allah.

p/s: Satu lagi ustaz pesan, kecantikan yang hakiki sebenarnya terletak pada ILMU dan AKHLAK.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase