Thursday, October 29, 2009

Jurutera

‘Ir Samad bin Sabu’.Gelaran Ir pada pangkal nama seseorang menjadi penanda aras sejauh mana hebatnya seorang jurutera.Berapa banyak jasa ditabur dalam bidang kejuruteraan serta jumlah projek yang telah berjaya dilaksanakan.

Allah sebagai jurutera pertama alam ini atau lebih tepat sebagai Al-Khaliq. Manusia mencipta perlukan raw material seperti besi atau air atau minyak dsb. Namun Allah mencipta tanpa perlu bahan-bahan ini, Dia mencipta dari yang tiada kepada ada.

Lihat sahaja penciptaan alam ini,betapa unik,halus dan teliti penciptaannya. Usahkan alam sekeliling, kita sendiri tidak mengetahui segala proses yang berlaku di dalam badan sendiri. Jika benar manusia bisa melaksanakan semua perkara, cuba tahan badan dari diserang penyakit.Makanlah beratus jenis ubat manusia tetap mati.

Bila kita beli sesuatu mesin, pasti dikepilkan bersama manual penggunaannya. Begitu juga Allah selaku jurutera Maha Perkasa menyediakan manual bagaimana sepatutnya manusia berfungsi yang digezekkan dalam Al-Quran. 6666 ayat,30 juzuk, 114 surah menjadi penyuluh jalan bagi kita.Sekiranya ditinggalkan kekallah kita dalam kegelapan yang nyata.

Kemudian Allah utuskan kepada kita professor/murabbi/guru menunjukkan serta menerangkan kalamullah serta menjadi contoh untuk menjalani kehidupan di dunia. Dialah Rasul yang bersifat benar tutur kata serta tingkah lakunya. Sanggup dicaci dan dinista sema-mata menerangkan kebenaran dari menukarkan tugas dakwah dengan kenikmatan dunia.

Kenapa masih lagi menjadi manusia yang kufur kepada semua nikmatNya? Menyatakan kita hidup tiada tujuan ubudiyyah? Hanya bersenang lenang tanpa kembali merenung tujuan penciptaan manusia. Adakah ada jurutera yang bodoh menciptakan bangunan tanpa tujuan? Apatah lagi Allah,Dia menciptakan manusia pasti punya tujuan.

Murka Allah bagi yang sudah mengetahui hakikat kebenaran namun masih tak faham bahasa dan ingkar. Tunggulah hari kiamat nanti, janjinya tetap pasti. Dilemparkan mereka ini seluruhnya ke dalam api neraka dan Allah langsung takkan mempedulikan teriakan, tempikan serta raungan mereka agar diberi belas diringankan azab.

Hari kiamat nanti,api neraka akan kenal siapakah penghuni-penghuninya. Apa yang pelik? Hatta di dunia pun api boleh mengenal minyak dari air. Maksudnya bila diletakkan minyak serta air berdekatan api, pasti api terus menyambar minyak. Attraction ini tidak mustahil akan berlaku di akhirat kelak.

Jadi, hidup ini merupakan tempat bercucuk tanam untuk kita bawa bekalnya bertemu Allah. Menabunglah pahala di dunia agar kita dapat assetnya di akhirat kelak.

Tuesday, October 27, 2009

Pandangan Saya Seorang Rakyat

Sebaik sahaja tayar kereta mencecah pintu sempadan ke negeri Serambi Mekah, hati dapat merasai keberkahan dan ketenangan. Sukar untuk digambarkan tetapi dapat dirasai. Tambah unik lagi apabila board “Membina Generasi Al-Quran” tertegak megah menyambut kepulangan si musafir. Potret wanita muda sedang mengajar anak-anak kecilnya Kalamullah begitu mengharukan dan menggambarkan visi pimpinan negeri sebenarnya.

Biah solehah negeri ini lebih jelas terpancar terutama pada bulan Ramadhan. Program Ihya’ Ramadhan dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negeri. Galakan dari kerajaan negeri untuk menghidupkan malam-malam dengan qiamullail serta membasahkan lidah di siang hari dengan tadarus Al-Quran cukup mengesankan. Padat masjid-masjid dengan rakyat yang mengharapkan penyucian dosa dari Rabb.

Kebiasaan stadium-stadium dijadikan tempat konsert dan pesta-pesta melalaikan. Berbeza sekali bila mana Stadium Sultan Mohamad ke-4 dijadikan lubuk untuk rakyat memburu Lailatul Qadar sejak dari 2Ramadhan. Pemandangan lautan manusia yang berbuka puasa di tengah-tengah padang stadium bersama keluarga adalah rutin di Kelantan mungkin agak pelik di tempat lain.

Keunikannya bertambah bila T.G.N.A mencetuskan idea untuk menggalakkan rakyatnya bersedekah. Khemah untuk rakyat bersedekah dengan memberi makan orang yang berbuka puasa didirikan ditengah-tengah Bazar Ramadhan di stadium. Sedekah bukan berbentuk wang tetapi makanan yang kita beli boleh dikorbankan sedikit untuk memberi makan orang berpuasa meskipun sebiji kuih “onde-onde”(buah Melaka).

Budaya “Fastabiqul khairat” (berlumba-lumbalah berbuat kebajikan) dapat dipraktikkan oleh rakyat kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan, ruang dan peluang untuk merebut pahala buat bekalan di hari esok.

Suasana-suana yang saya lalui ini lebih menjadi pengukuh keyakina betapa pentingnya pemilihan pemimpin yang dapat menolong kita bukan sahaja di dunia tetapi ketika bertemuNya. Ramai pemimpin sekarang bercakap tentang pembinaan tamadun, tetapi gagal memahami maksud tamadun yang perlu dibangunkan berasaskan ilmu, bukan material/pembangunan semata-mata.

Bangunan akan runtuh, tetapi ilmu yang diberi untuk mengenal Allah adalah aset penting perlu dibawa bertemu Allah. Pilihlah pemimpinmu dengan bijak, bukan hanya untuk di sini tetapi juga untuk ke sana!

Sunday, October 25, 2009

Ikan Kakap vs Ikan Kering

Kehadiran tetamu itu begitu memberi rahmat kepada kami.Mungkin kata-kata yang dilontar kurang enak didengar tapi boleh kami jadikan sebagai muhasabah berguna. Sedikit terkesan di hati antara kata-kata terakhirnya sebelum meninggalkan rumah kami “Ikan kakap masih atas dapur tu, hajatnya dah tak nak naik”. Tiba-tiba terdetik di hati, “tak pelah,hari ini kami makan ikan kering saje”.

Ketahuilah orang miskin yang pemurah lebih dicintai Allah berbanding orang kaya yang dermawan. Ingatlah Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta tetapi kerana kaya jiwa”.Satu pegangan yang ditanamkan oleh Allah dan RasulNya untuk memujuk hati-hati manusia yang diuji dengan kesusahan.

Harta bukan milikmu,untukmu hanya rezeki, terkurang kumpul lagi, terlebih memberilah… Lirik lagu yang selalu kami alunkan dan akhirnya kami tergelak bersama. Mungkin kerana suara salah seorang dari kami yang kurang merdu.

Betul harta bukan milik kita,milik kita hanya rezeki. Rezeki yang pernah diceritakan kepada saya ialah kemudahan yang Allah berikan untuk membuat sesuatu perkara. Berapa ramai orang kaya yang menghitung-hitung angka di buku akaun tetapi mengikat perut takut habis hartanya? Dan berapa ramai pula orang miskin yang tiada duit di dalam poket, tapi dapat makan dengan bahagia? Rezeki yang tak kita jangka selalu datang ketika kita tersepit, mengukuhkan ikatan hati dan keyakinan kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Jangan takut kemiskinan dunia kerana kita sentiasa kaya dengan rahmatNya. Tapi tanamlah ketakutan di jiwa sekiranya kita tergolong dalam kalangan orang yang miskin bahkan muflis di hari akhirat.

“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?
Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?”
Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. “Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Bergetar hati dengan cerita yang dikhabarkan Rasulullah tentang nasib kita semasa bertemu Rabb. Sebelum tiba saat itu, kitalah sebenarnya yang perlu membuat keputusan segera samada mahu menjadi orang yang muflis atau jutawan terulung di negeri abadi. Choose your way now!

Saya mahu cerdik tapi...

Dr Tariqurrahman, pensyarah biochemistry saya akhirnya pandangannya tentang maksud cerdik. Bukan secara spesifik tapi dalam bentuk cerita. Soalan yang pertama diajukan kepada kami, “adakah kamu rasa orang Jepun itu cerdik?”

Bagi saya Jepunlah negara maju yang dapat mengalahkan negara lain dalam bidang teknologi. Mengalahkan negara-negara barat yang mendabik dada sebagai penjajah dan pelopor Revolusi Perindustrian. Atas sebab inilah Tun Dr. Mahathir melancarkan Dasar Pandang ke Timur dan menyeru rakyat Malaysia menjadikan Jepun sebagai role-model dalam melestarikan Wawasan 2020.

Tanpa menunggu lama, dia kembali bertanya bakal saintis muda di depannya, “Adakah dianggap cerdik orang bekerja 24jam, siang malam, pagi dan petang semata-mata untuk mencari wang?. Tiada bezalah orang Jepun dengan nenek moyang kita yang sejak dulu lagi mencari wang, hatta kita sekarang juga membanting tulang mencari wang. Jadi di mana sebenarnya beza orang cerdik atau bodoh?”

Dari keyakinannya, generasi sahabat dahulu dianggap golongan yang cerdik kerana bila turunnya satu ayat Allah menceritakan tentang tanda-tanda kekuasaanNya, mereka terus memerhatikan ciptaan alam sekeliling dan beriman tanpa ragu. Berbeza dengan kebanyakan saintis Muslim sekarang yang membuat beribu-ribu kajian saintifik namun semakin jauh dariNya. Rumit sebenarnya tafsiran cerdik ini. Saintis takkanlah dianggap bodoh? Jika bodoh, macam mana boleh belajar ke sampai peringkat pHD dan menyiapkan beratus-ratus tesis?

Pernah dengar istilah HIKMAH? Doa yang selalu kita baca sebelum belajar (Allahummaftah alaina HIKMATAKA wansyur alaina min khazaaini rahmatika ya arhamarrahimin). Kita memohon kepada Allah agar dikurniakan hikmah, bukan intelligence. Hehe, ke baru sedar?

Nabi pernah mengkhabarkan bahawa di akhir zaman akan hikmah akan semakin hilang, maka ambillah ia di mana sahaja kamu jumpainya.(Kuliah Jumaat 9/10/09, Ust Fadli Shaari- Saya tak tahu matan atau perawi hadisnya, maaf..)

Ya, ada perbezaan antara intelligence dengan hikmah. Intelligence ia berkaitan dengan aktiviti neuron di dalam otak, tetapi hikmah mempunyai maksud yang tersendiri. Hikmah ialah sifat/ keadaan yang melekat di jiwa yang membolehkan kita mengecam baik dan buruk, benar dan salah, hak dan batil etc.

Pengecaman antara betul dan salah ni susah untuk dilakukan kecuali bagi mereka yang mempunyai hati yang hidup sahaja. Kita tidak dapat mengecam sesuatu itu salah sebab dua faktor;
1)tiada ilmu
2)kalis dengan benda yang salah sebab sudah menjadi rutin amalan tak kira dalam keluarga, masyarakat atau negara

Contoh paling mudah kita anggap betul tetapi salah ialah sambutan kongsi raya. Sedangkan tokoh negarawan turut menganggap ia ialah langkah yang positif untuk menjayakan ‘One Malaysia’ tapi dari sudut syariat ia salah.Boleh menyebabkan aqidah rosak.

Jadi, di sinilah perlunya hikmah untuk menyelamatkan kita dari tersesat dan lemas mengikut arus masyarakat yang jahil. Ayuh bersama kita mulakan langkah mencari hikmah yang hilang!

Saturday, October 24, 2009

Bangunlah Mata

Saya terbangun jam 2pagi,dikejutkan sebuah mimpi yang menakutkan..

Beberapa hari ini saya belitan mengantuk dan malas yang mencengkam, mungkin saya patut tukarkan arahan kepada otak, ‘lawan nafsumu, bukalah mata!’ Jadi ia memerlukan mujahadah yang sangat tinggi dan pengorbanan yang bukan sedikit.

Tapi saya selalu rebah dan tersungkur untuk menghadapi kedua-dua cabaran ini sejak dahulu lagi. Doakan agar saya diberikan kekuatan olehNya kerana doa memohon kebaikan seorang sahabat kepada saudaranya tak mungkin akan ditolak oleh Allah.Bahkan malaikat-malaikat turut mendoakan agar apa sahaja hajatnya(orang yang berdoa) dikabulkan.Mengantuk bukan sebab letih bekerja atau belajar tetapi disebabkan badan yang lemah dan lesu. Insyaallah penawarnya akan dicari.

Alhamdulillah Allah membenarkan saya aktif semula ketika semua rakan sebilik nyenyak dibuai tidur. Mimpi itu telah membukakan mata saya seluas-luasnya lantas Dia memberikan saya hidayah untuk mengamalkan doa yang telah lama diijazahkan oleh ustaz di matrik dulu. Subhanallah, segalanya ada hikmah tersembunyi.Badan terasa segar semula.

Percayakah tentang kita memerlukan benteng untuk mengawal diri dari syaitan terutama ketika tidur? No wonder Rasulullah juga mengajar umatnya adab-adab tidur ,betapa cantiknya ajaran Islam. Pertahanan atau benteng ini amat penting terutamanya bagi muslimah ketika tempoh tidak boleh bersujud kepada Rabbnya. Satu lagi nasihat yang diberikan oleh Ust Mohd Nor Husin (ustaz saya yang mengajar nahu soraf dan Bahasa Arab Tinggi)kepada puteri-puterinya dahulu agar tidak mendekat kepada tempat sembahan orang Buddha yang biasa diletak di kedai orang Cina. Bimbang mudah terkena gangguan syaitan terutama bagi muslimah yang uzur.

Ok, sekarang tiba masa untuk cergas semula, lupakan kegagalan lalu, bina semangat baru. Siapa kata tiada ujian dalam menuntut ilmu…?

Friday, October 23, 2009

Kena ada brek jugak ke?

Selepas dapat panggilan dari ibunda tercinta, ligat akal saya berfikir dengan kenyataannya “Tahu ke manusia pun perlukan brek?” Logik ke?Kereta dan motor perlu brek supaya tak terbabas,kalau la brek tak berfungsi mesti chances untuk dapat accident lagi tinggi.

Sambil ketawa dia menjelaskan kenapa manusia perlukan brek dalam kehidupan. Brek manusia ni untuk menjaga dari terbabas buat perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat. Cuba bayangkan jika kereta tiada brek,habis semua lari tak mahu dekat, bimbang dengan risiko mati dilanggar. Begitu juga bila seseorang tu tiada brek untuk kawal dia, habis orang lari sebab tak tahan. Contoh paling mudah, kalau yang tiada brek mulut, habis orang diumpatnya, dimakinya. Macam tu siapa yang nak dekat?

Sebenarnya brek manusia ialah taqwa. Orang mempunyai taqwa dalam hati ialah yang memikirkan consequences dari setiap perbuatan yang dilakukan. Brek taqwa menjaga kita dari buat amalan yang dibenci oleh Allah. Penggunaan brek taqwa ni bukan sahaja mendatangkan keuntungan di dunia, malah di akhirat juga lebih-lebih lagi. Saya pasti semua dah tahu apa kelebihan-kelebihan itu.Wallahu a’alam…

Thursday, October 22, 2009

Semalam Saya Dapat Hadiah

“Aduh, tak de duit kecil pulak” hati kecilku bermonolog bila sampul pungutan derma untuk Palestin diedar. “Tak pe lah, tak perlu bagi”..Cepat saja kesimpulan dibuat.

Tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga ayat dari Surah al-Baqarah ayat 177 yang cukup menyusup hati. Antara intipatinya, nilai kebajikan kita di sisi Allah ialah memberikan HARTA YANG KITA CINTAI kepada orang yang memerlukan(rujuk tafsir ayat ye untuk tahu maksud penuh).

Susah untuk bertarung dengan belitan hawa nafsu, kadang-kadang tewas, jarang-jarang menang. Tapi bila kita dah korbankan perasaan cinta kita pada harta, Allah ganjarkan kita dengan anugerah yang lebih baik.

Saya teringat kepada isu “investment dengan Allah” semasa Kuliah Jumaat dua minggu lepas yang dikupas oleh Ust Mohd Mustapha. Biasanya kita beli barang paling banyak kita dapat beli 1 percuma 1. Tapi dengan Allah lebih daripada itu, bila kita sedekah 1,percuma 700!!! Wah, cepat sangat lah nak jadi jutawan akhirat!

Tapi Allah bukan sahaja balas di akhirat, He’ll give bonus for you di dunia lagi… Antaranya Allah hilangkan rasa sedih di hati, hilangkan penyakit, cepatkan jodoh dsb.Inilah namanya keajaiban sedekah.

Malam semalam, masa tengah siapkan assignment biochemistry tiba-tiba datang lah seorang sahabat (cukup murah hati) minta saya pilih t-shirt Muslimah. “Ambillah ye satu!” Subhanallah baru terdetik di hati saya tak berapa lama sebelum tu bilangan t-shirt labuh di almari sangat minimum.

Alhamdulillah…. Itu perkataan pertama yang kita perlu sebut sebelum mengucapkan terima kasih kepada pemberi. Ni antara mutiara yang dapat saya kutip dari Tok Guru Nik Aziz kerana katanya itu adalah rezeki daripada Allah untuk kita. Seharusnya syukur yang pertama kali harus dipanjatkan padaNya. Kemudian tadahlah tangan ke hadrat Allah untuk mendoakan kesejahteraan untuk si pemberi(lagi spesifik lagi bagus).

Walaupun nampaknya remeh dan furu’ sahaja tapi ia memberi impak yang besar kepada tabungan kita untuk bertemuNya di akhirat.  Wallahu a’lam..
 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase