Wednesday, August 11, 2010

ANDAI INI RAMADHANKU TERAKHIR

wahai dikau...renungkanlah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berdzikir dan beramal
menjaga puasamu agar bernilai
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu... berdo'a kepada Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"inna shalaatii wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lilslahi rabbil'aalamiin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelianalam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kausyairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...bertilawah...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

oleh karena itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MUini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zhahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Malaikat Maut
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...palingberseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sanananti

namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu...
hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir,
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN....

Friday, March 26, 2010

Idaman Syahid.. Akhirnya ia milikmu

Salam untukmu, Marwa Sherbini. Semoga kami dapat mengikut jejakmu berbahagia di syurga bersama roh para syuhada..Syahid cita-cita kami tertinggi.. Amin

Sebuah kisah perempuan muslimah,syahid mempertahankan aqidah, tidak gentar dengan ancaman. Muslimah yang kental, matlamatnya yang pertama dan utama... MARDHATILLAH.



[Nama Marwa Sherbini,tidaklah sehebat Masyitah-si tukang sisir helaian rambut puteri Firaun. Masyitah wanita pertama yang dijanjikan Allah s.w.t syurga,adalah wanita mulia lantaran sanggup berkorban nyawa diri dan seisi keluarganya demi tidak menyekutukan Allah.

Namun Marwa Sherbini juga punya kisah mirip secebis daripada kisah Masyitah. Riwayatnya tamat di tangan seorang kafir kerana mempertahankan tudung yang dipakainya!

Marwa,32,seorang ahli farmasi dibunuh kejam dengan 18 tikaman oleh Alexander W.,28, atau lebih dikenali sebagai Alex iaitu jirannya sendiri di mahkamah wilayah Dresden Jerman.

Berasal dari Mesir, Marwa berkelana ke Jerman sejak 2003 mengikut suaminya Elwi Ali Okaz seorang siswazah yang menerima biasiswa untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Genetik di Universiti Menufiya.

Kisahnya bermula apabila Marwa yang sering diganggu jirannya itu memfailkan saman melalaui mahkamah akibat tidak tahan dengan tohmahan Alex yang memakinya ‘pengganas’ dan ‘pelacur’ di depan khalayak. Alex juga pernah bertindak melulu kea rah Marwa secara tiba-tiba untuk merentap tudung yang dikenakannya.

Alex,pemuda berketurunan Rusia dengan fahaman Neo-Nazi  itu akhirnya didenda 780Euro kerana kesalahan menghina Marwa. Namun atas alas an menganggur, Alex mengemukakan rayuan yang menyebabkan mereka terpaksa bersemuka semula di mahkamah.

Malangnya apabila perbicaraan dimulakan, Alez bertindak menerpa Marwa ketika wanita tersebut baru membuka mulut untuk memberikan keterangan. Sebilah pisau yang digenggam erat oleh Alex dihayunkan sebnayak 18 kali ke tubuh Marwa!

Lebih menyayat hati, Marwa semasa perbicaraan tersebut, sedang hamil tiga bulan dan tragedi yang berlaku awal Jualai lalu ini mengambil tempat di hadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun!

Suami Marwa pula, yang bertindak menahan Alex telah ditembak beberapa das oleh pihak keselamatan yang berada dalam perbicaraan tersebut dengan alas an melakukan serangan. Akibatnya, Elwi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital. Niat murninya untuk melindungi isteri menyebabkan dia terlantar koma selama 3 hari.

 Sesedarnya Elwi dari koma, baharulah dia mendapat tahu, isterinya telah meninggal serta-merta di dalam mahkamah akibat tikaman bertubi-tubi yang dierimanya. Jenazah Marwa kemudian di hantar ke kampung halamannya di Iskandariah untuk dikebumikan.

Sungguh menakjubkan,selaut manusai menyambut dan sanggup mengusung jenazah wanita mulia ini ke tanah perkuburan. Di Internet dan media cetak sibuk membicarakan tentang Marwa Sherbini dengan julukan Srikandi Hijab.

Ledakan rasa tidak puas hati umat Islam serata dunia melaungkan keadilan buat Marwa. Persoalan mereka, logikkah sebuah pembunuhan boleh berlaku di dalam mahkamah yang serba lengkap dengan kawalan keselamatan?

Apakah perbicaraan tersebut membuahkan keadilan yang sedang dineracakan? Timbang tara sebuah isu Islam yang diwakili oleh Marwa telah ‘dihukum’ oleh kuasa musuh yang simbolnya di sini ialah Alex!
Layaknya MArwa digelar srikandi Islam alaf baru. Usaha mempertahankan tudung yang dipakainya bukan sekadar menggayakan fesyen warna-warni yang menutup kepala,namun lambang maruah diri,akidah dan agama.

Nyawa sebagai galang ganti bukti ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Tuhan pencipta sekalian alam ini. Sanggupkah anda berkorban sehingga sebegitu rupa?Semoga Aidiladha membawa keinsafan kepada umat Islam untuk bersatu]

Sumber; Majalah WANITA (November 2009)
Penulis;NORFAIZA ISMAIL (Catatan Luar Negara)

Saturday, February 27, 2010

ILMU.. Kami Cinta Padamu

Lama benar tangan ini kaku untuk menulis. Kekadang terasa membuang masa berada di hadapan laptop untuk menulis kerana banyak lagi tugas yang lebih menuntut diuruskan. Tapi ingati kembali, jihad pena merupakan salah satu jihad yang dituntut. (Rujuk Risalah Taalim, Hassan Al-Banna). Terima kasih kepada semua kerana sudi bertanya khabar kenapa lama tak update blog. Hehehe…

Teringat saat di awal bulan 2 dulu. Exam berturut-turut yang menggetarkan perasaan. Susah bertarung dengan perasaan yang berkecamuk untuk membetulkan niat “AKU BELAJAR KERANA ALLAH UNTUK DAPAT ILMU, BUKAN SEBAB EXAM”. Rumit, susah, payah dan perkataan yang seangkatan dengannya, begitulah gambaran supaya niat kembali berada di landasan yang betul.


Ilmu yang kita kejar, bukan untuk dapat sijil sahaja. Dr Abd Razak, salah seorang pensyarah menggambarkan satu hakikat dan realiti yang berlaku sekarang.


“ Now people struggling to get the best result and high distinction in their exam. Then, after that, they   exchange it with a company that will hire them and give big salary based on their result. It is like exchanging knowledge with the salary/money. How materialistic the world is…” (not all but most of them)


Ilmu ialah sesuatu yang berharga, it is s gift from Allah. But most of people misunderstand that they gain the knowledge through his/her own effort.  Ya, salah faham.. usaha kita hanyalah satu syarat, tetapi kurniaan ilmu adalah dariNya.


Saya pernah terfikir soalan ini, ‘adakah orang yang mendapat markah tinggi dalam exam ialah orang yang berilmu ?’  (think n activate your mind.. If u have d answer, don’t hesitate to post into the comment box)

Ilmu adalah cahaya, maksiat yang kita lakukan boleh menghalang daripada ilmu mengisi dada. Jaga semua anggota daripada maksiat. Contoh maksiat yang common kita lakukan:

Mata- tengok tv/internet banyak(yang x bermanfaat)

Telinga- banyak dengar muzik, kurang dengar Al-Quran

Mulut-mengumpat/mengomen lecturer/cikgu, banyak ketawa


Let say if semuanya sudah terjaga, namun ada satu lagi maksiat yang susah untuk kita jaga, iaitu HATI. Hati yang tidak ikhlas. Perumpamaan cerita bagaimana orang yang melakukan kesalahan ‘tidak ikhlas’ kerana Allah ialah seumpama kita memasak makanan. Jika semua ramuan dan teknik sudah menepati kaedah dan pastinya akan menghasilkan makanan yang lazat dan enak. Namun, di akhir langkahnya kita terlebih memasukkan garam yang banyak. Jadilah makanan yang kita sangkakan sedap tak boleh dimakan dan dibuang begitu sahaja (nak bagi kat ayam pun boleh,hehe)


Erti analogi ini ialah, semua perkara sudah kita patuhi supaya mudah ilmu meresap ke dada. Tetapi, sedikit niat telah terpesong,( belajar untuk dapat Dean List, dapat kerja best, dapat biasiswa dsb) menyebabkan ilmu yang sepatutnya kita miliki, berlalu begitu sahaja dan tiada nilaian di sisi Allah. Jadilah kita Black Allah’s List. Belajar susah-susah, tetapi tidak dikira sebagai amal soleh. Jadilah seperti makanan yang dibuang begitu sahaja tanpa dapat menikmatinya.


Sama-sama kita fikirkan perumpaan ini. Sebelum mengakhiri tarian jari-jemari ini, satu pesanan untuk kita semua  “Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lantera hidup ini”.





"Ya Allah jadikan ilmu yang Kau anugerahkan dapat dimanfaatkan oleh kami serta disebarkan untuk manfaat manusia sejagat"

Saturday, January 16, 2010

Belajar dari Penyakit

Atherosclerosis is a progressive heart disease characterized by the formation in the walls of large and medium-sized arteries of lesions called atherosclerotic plaques (accumulation of excessive amounts of low density lipoprotein; LDL which contain bad cholesterol).                                                                  

(Tortora, Derrickson: Principles of Anatomy & Physiology)






Mari kita merenung suatu pelajaran dari penyakit tersebut.Bagaimana? Gunakan bahasa mudah, lapisan kolesterol pada dinding salur darah menyebabkan aliran darah tersumbat dan tidak dapat dipam dengan betul ke seluruh badan. Jika tidak dirawat segera akan membawa MAUT.

Sungguh cantik perumpamaan penyakit ini untuk kita hubungkaitkan dengan amalan kita di sisi Allah.  Pertama, kolesterol kita umpamakan seperti maksiat. Manakala aliran darah kita umpamakan sebagai aliran amalan baik yang dilakasanakan untuk sampai kepada Allah.Sedikit halangan maksiat yang terkumpul menyebabkan aliran amalan terganggu untuk sampai, untuk diterima oleh Allah.

Proses pembersihan jiwa dari maksiat dan kotoran dosa perlu segera dilakukan, bimbang sekiranya amalan yang kita lakukan sia-sia seumpama debu-debu yang berterbangan. Bagaimana dilakukan kerja pembersihan sekiranya kita sendiri tak mengetahui apa penyakit sebenar yang dialami roh?

Penciptaan manusia terdiri dari dua elemen; jasmani dan rohani. Dan setiap dari jasad dan roh ini pasti mempunyai penyakit. Penyakit jasmani sebetulnya lebih mudah untuk dikesan meskipun adakalanya si empunya diri tidak perasan dia berpenyakit. Berbeza sekali dengan penyakit roh yang tidak boleh dilihat dengan ‘basor’(pandangan mata kasar) tetapi boleh dilihat dengan ‘basirah’(pandangan mata hati). Jadi, majoriti kita manusia tidak mengetahui roh kita berpenyakit.

Antara cara yang membolehkan kita melihat dan menjengah di mana penyakit dalaman kita ialah cerminan sahabat. Sahabat yang baik yang boleh menilai dan menegur pada setiap tingkah laku yang bersalahan dari syariat mahupun adat.

Ingatkah kita bagaimana Sayyidina Umar Al-Khattab r.a yang sentiasa mencari kesalahan diri sendiri supaya dapat dibaiki hatinya, ditingkatkan darjatnya di sisi Allah. Pernah beliau bertanya Sayyidina Huzaifah (setiausaha sulit Rasulullah) adakah beliau turut tersenarai dalam kalangan golongan munafiq. Hati yang sentiasa bimbang dengan penerimaan Allah terhadap amalannya, sedangkan dialah Khulafa Ar-Rasyidin.

Lantas, jenguklah pula ke hati kita,tanyakan diri kita “Adakah sudah mencari kecacatan dan kecelaan dalaman kita yang akan menyekat aliran amalan kita di sisi Allah?”. Jika sudah ditemui, basuhlah dengan air mata taubat serta baikilah dengan tambahan amal soleh.

Monday, January 4, 2010

HIMPUNAN AMAN DAN SERAHAN MEMO BANTAHAN


TINDAKAN MESIR
MENYEKAT ROMBONGAN BANTUAN
“PALESTINE SOLIDARITY CAMPAIGN”


Dewan pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan Kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza. Malangnya, kini Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh Kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah. Mereka sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember 2010 sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan menyerahkan satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir :

Tarikh : 8 Januari 2010 [ Jumaat ]
Masa : Jam 1.15 pm [ solat Jumaat di Masjid Tabung Haji ] Jalan Ampang .
[ jam 2.00 pm : berarak dan berkumpul di Kedutaan Mesir ]

Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

Sunday, December 27, 2009

Pandangan Saya bagi Gerakan Muslimat

Berikut adalah respon saya pada satu artikel:

1431H: Mencari ruh serikandi Islam untuk Gerakan Muslimat

‘Seorang pejuang agama yang hebat, takkan lahir tanpa seorang wanita yang bergelar ibu’

‘Tangan yang menghayun buaian jangan disangka tidak mampu menggoncang dunia’

Penciptaan Hawa mempunyai signifikan yang amat besar berserta hikmah tersembunyi untuk dinilai dan difikirkan bersama.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang ialah bagaimanakah untuk memperkasakan gerakan muslimat agar turut berganding bersama setanding dengan muslimin, bukan hanya corot di belakang serta hanya menunggu arahan.

Suka saya menceritakan sedikit pengalaman saya yang merupakan seorang muslimah, bergerak kerja dengan muslimin dan realiti yang sememangnya dialami kebanyakan muslimat.

Maha Suci Allah yang mengaturkan corak pemikiran lelaki yang berbeza dengan perempuan. Tidak lain tidak bukan untuk saling melengkapi dan menampung kekurangan. Corak pemikiran kaum Adam yang bersifat major (berfikir lebih jauh menjangkau ke hadapan dan memerhatikan apakah consequences perkara yang berlaku sekarang dengan masa hadapan). Manakala corak pemikiran kaum Hawa yang bersifat minor(berfikir secara localized dan more detail). Kalau saya istilahkan sebagai zoom out bagi lelaki dan zoom in bagi perempuan.

Perbezaan yang wujud ini menimbulkan rasa inferior bagi kaum muslimat untuk menyuarakan pandangan serta melontarkan pendapat kerana bagi mereka ia apa yang ingin disuarakan tidak lah begitu penting dan perkara yang remeh. Ditambah lagi dengan pandangan dan sikap muslimin yang tidak seperti Umar Al-Khattab yang meraikan pandangan dan kritikan dari golongan yang berlainan gender. Istilah “furu’ ” sering digunakan bagi pandangan yang dilontarkan muslimat. Jadi, makin terhakislah semangat kaum Hawa untuk lebih terkehadapan mengemukakan idea. Lebih baik diam dari bercakap.

Kemunculan Sisters in Islam yang begitu lantang bersuara berani melontarkan idea kontroversi, mengkritik perlembagaan dan dasar masih tidak dapat ditepis oleh gerakan Mulimat kerana suara yang masih tidak segarang harimau mengaum. Di mana silapnya?

Mereka(SIS) begitu lantang berbicara mempertikaikan hukum agama, kerana kebanyakannya berlatarbelakangkan pemikiran sekular dan doktrinisasi pemikiran yang lebih ke arah Barat(western culture). Kalau diperhatikan dan diteliti, kebanyakan ahlinya adalah orang yang tidak berkahwin, dari broken family (perceraian ibu bapa) dan yang memperjuangkan hak-hak wanita yang dianiaya oleh lelaki. Jadi sedikit sebanyak doktrin ’lelaki tidak berguna’ menyebabkan mereka lebih terkehadapan untuk mengkritik dengan lantang tanpa memikirkan pandangan dan sindiran golongan lelaki. Corak pemikiran dan pembudayaan yang diterima sedikit sebanyak mencorakkan keperibadian mereka kini.

Sebaliknya muslimat, mereka mempunyai sifat malu yang menebal terutama untuk bercakap di hadapan melontarkan idea.Mujahadah yang tinggi perlu digarap untuk mengenepikan perasaan tersebut demi sebuah perjuangan Islam yang menuntut.Tak dinafikan saya terkadang turut merasa sukar mendepani situasi ini.
Satu lagi persoalan, Adakah perjuangan dalam gerakan Islam ini menuntut kita mengenepikan soal hati? Saya quote kata-kata saudari ”Jika muslimat hari ini yang hanya sekadar baru ditengking sudah hilang optimisnya dan cepat menangis, saya rasa kita terlalu jauh dengan Asma'. Sangatlah tidak munasabah, kebangkitan muslimat terhenti dek hanya kerana tawa sinis muslimin tatkala slogan muslimat dilaungkan untuk membangkitkan semangat.”

Adakah kita hanya bergerak kerja sebagai robot, tanpa rasa dan perasaan? Allah menciptakan muslimat mempunyai perasaan yang halus, yang lebih sensitive dan cepat terasa. Air mata yang mengalir bukan bererti lemahnya seorang mujahidah, tetapi mencari satu kekuatan baru untuk bangkit semula. Benar sekali, untuk berada dalam satu gerakan Islam, kita persetankan segala tribulasi, segala cabaran,kata-kata sinis, aya-ayat provokasi. Perlu diingat, satu jangka masa diperlukan untuk melatih hati immune dengan mehnah tersebut, agar hati menjadi lebih kental dan lasak.
Biji benih yang baru bertunas, jangan disiram dengan hujan yang lebat pasti mati sebelum bertunas. Meskipun air adalah keperluan asasnya untuk hidup. Begitu saya umpamakan dengan sikap muslimin yang over dengan provokasi yang menyebabkan muslimat terus menyusup ke lubang tanah tanpa kembali bangkit. Berpada-padalah… Jangan disebabkan sikap kita, patah sayap kiri gerakan Islam.

Motivasi-motivasi yang diberikan untuk membangkitkan gerakan muslimat ke hadapan sememangnya baik namun hanya memberikan short-term effect. Teori motivasi sudah ditolak oleh Barat kerana hanya berlegar-legar dengan persoalan ‘WHY’ tetapi tidak mencakupi persoalan ‘HOW’. Begitu juga, gerakan muslimat wajar menukarkan method tersebut dengan memberikan solusi kepada muslimat ‘bagaimana’ cara berubah. Bersama kita fikirkan method yang sesuai agar berjaya kita mencapai misi "mencari seribu jiwa srikandi silam'" demi kelangsungan gerakan agar tidak lesu.

Thursday, December 17, 2009

Kukaguminya

Kami berbual-bual sementara menunggu masuknya waktu Isya’. Sungguh saya kagum dengannya. Wanita yang sudah berumur lebih 60 tahun. Semangat untuk berjuang dan beramal melebihi semangat muda-mudi (termasuklah saya) yang pastinya lebih gagah.

Dia bercerita bagaimana pengalamannya pertama kali menaiki kapal terbang untuk menunaikan haji. Gerun…Pasti berkecai badan andai terhempas pesawat. Begitupun, tersentak hati saya bila dia mengumpamakan saat roh yang diangkat ke langit bertemu Tuhan. Andai tidak diterima amalan, akan dihempas ke muka si mayat, hancur berkecai..Pasti lebih tragis.Dup dap hati berdebar dengan perumpamaan yang meniti di bibirnya itu.

Semasa kami bersama turun ke Bukit Gantang dan Manik Urai dahulu, kobar semangat yang membara untuk berjuang turut sama membakar semangat saya. Struktur tanah di Manik Urai yang berbukit, dan kebanyakan rumah di kawasan tinggi, memerlukan kekentalan tenaga untuk membuat culaan. Alangkah cergas dia berjalan ke sana ke mari memanjat bukit, sedangkan saya sudah semput tercungap-cungap. Namun, balik sahaja dari sana, terus sahaja dia demam. Semoga diterima pahala jihadnya.

Banyak saya dapat belajar darinya, dari pengalamannya serta perjalanan hidupnya. Dia menjadi agen dalam masyarakat untuk mengajak muda-mudi meninggalkan maksiat, menggalakkan ke majlis zikrullah. Seorang tua,meskipun tanpa pelajaran formal namun sindiran,bebelan dan nasihat yang dilemparkan sedikit sebanyak menyebabkan para remaja mengikut jalan kebaikan yang ingin ditunjukinya.

Keluhannya semasa Hari Raya Aidiladha dahulu masih saya ingat, berkenaan program tv yang disiarkan. Minatnya cenderung kepada program bacaan Quran dan kuliah agama( antara rancangan kegemarannya: Mari Mengaji, Tilawah Interaktif, Mari Bertarannum dan Semanis Kurma). Namun, bila menjelangnya hari raya, semuanya tidak disiarkan bahkan digantikan dengan rancangan hiburan dan nyanyian. Geram hatinya dan diluahkan pada kami. Gaya ketidakpuasan hatinya dan cara dia bercerita menyebabkan kami tergelak.

Ada kebenaran di situ. Rancangan tv yang mengikis intelek masyarakat dengan hidangan gambar pornografi, sinetron Indonesia beratus episod, nyanyian kanak-kanak sehingga veteran, program realiti tak berkualiti. Satu akibatnya yang ketara muncul, Melayu Malas Fikir, Melayu Mudah Lupa, Melayu Makin Layu. (khususnya Melayu Islam).

Cerita saya kali ini berkisar hanya seorang wanita. Meskipun banyak lagi sifatnya yang tidak tercerita di sini,namun harapnya dapatlah dia saya jadikan sebagai contoh di waktu muda ini, apatah lagi di waktu tua nanti. Kerana orang yang cerdik belajar dari pengalaman sendiri,tetapi orang yang bijaksana ialah yang belajar dari pengalaman orang lain.
 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase