Sunday, December 27, 2009

Pandangan Saya bagi Gerakan Muslimat

Berikut adalah respon saya pada satu artikel:

1431H: Mencari ruh serikandi Islam untuk Gerakan Muslimat

‘Seorang pejuang agama yang hebat, takkan lahir tanpa seorang wanita yang bergelar ibu’

‘Tangan yang menghayun buaian jangan disangka tidak mampu menggoncang dunia’

Penciptaan Hawa mempunyai signifikan yang amat besar berserta hikmah tersembunyi untuk dinilai dan difikirkan bersama.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang ialah bagaimanakah untuk memperkasakan gerakan muslimat agar turut berganding bersama setanding dengan muslimin, bukan hanya corot di belakang serta hanya menunggu arahan.

Suka saya menceritakan sedikit pengalaman saya yang merupakan seorang muslimah, bergerak kerja dengan muslimin dan realiti yang sememangnya dialami kebanyakan muslimat.

Maha Suci Allah yang mengaturkan corak pemikiran lelaki yang berbeza dengan perempuan. Tidak lain tidak bukan untuk saling melengkapi dan menampung kekurangan. Corak pemikiran kaum Adam yang bersifat major (berfikir lebih jauh menjangkau ke hadapan dan memerhatikan apakah consequences perkara yang berlaku sekarang dengan masa hadapan). Manakala corak pemikiran kaum Hawa yang bersifat minor(berfikir secara localized dan more detail). Kalau saya istilahkan sebagai zoom out bagi lelaki dan zoom in bagi perempuan.

Perbezaan yang wujud ini menimbulkan rasa inferior bagi kaum muslimat untuk menyuarakan pandangan serta melontarkan pendapat kerana bagi mereka ia apa yang ingin disuarakan tidak lah begitu penting dan perkara yang remeh. Ditambah lagi dengan pandangan dan sikap muslimin yang tidak seperti Umar Al-Khattab yang meraikan pandangan dan kritikan dari golongan yang berlainan gender. Istilah “furu’ ” sering digunakan bagi pandangan yang dilontarkan muslimat. Jadi, makin terhakislah semangat kaum Hawa untuk lebih terkehadapan mengemukakan idea. Lebih baik diam dari bercakap.

Kemunculan Sisters in Islam yang begitu lantang bersuara berani melontarkan idea kontroversi, mengkritik perlembagaan dan dasar masih tidak dapat ditepis oleh gerakan Mulimat kerana suara yang masih tidak segarang harimau mengaum. Di mana silapnya?

Mereka(SIS) begitu lantang berbicara mempertikaikan hukum agama, kerana kebanyakannya berlatarbelakangkan pemikiran sekular dan doktrinisasi pemikiran yang lebih ke arah Barat(western culture). Kalau diperhatikan dan diteliti, kebanyakan ahlinya adalah orang yang tidak berkahwin, dari broken family (perceraian ibu bapa) dan yang memperjuangkan hak-hak wanita yang dianiaya oleh lelaki. Jadi sedikit sebanyak doktrin ’lelaki tidak berguna’ menyebabkan mereka lebih terkehadapan untuk mengkritik dengan lantang tanpa memikirkan pandangan dan sindiran golongan lelaki. Corak pemikiran dan pembudayaan yang diterima sedikit sebanyak mencorakkan keperibadian mereka kini.

Sebaliknya muslimat, mereka mempunyai sifat malu yang menebal terutama untuk bercakap di hadapan melontarkan idea.Mujahadah yang tinggi perlu digarap untuk mengenepikan perasaan tersebut demi sebuah perjuangan Islam yang menuntut.Tak dinafikan saya terkadang turut merasa sukar mendepani situasi ini.
Satu lagi persoalan, Adakah perjuangan dalam gerakan Islam ini menuntut kita mengenepikan soal hati? Saya quote kata-kata saudari ”Jika muslimat hari ini yang hanya sekadar baru ditengking sudah hilang optimisnya dan cepat menangis, saya rasa kita terlalu jauh dengan Asma'. Sangatlah tidak munasabah, kebangkitan muslimat terhenti dek hanya kerana tawa sinis muslimin tatkala slogan muslimat dilaungkan untuk membangkitkan semangat.”

Adakah kita hanya bergerak kerja sebagai robot, tanpa rasa dan perasaan? Allah menciptakan muslimat mempunyai perasaan yang halus, yang lebih sensitive dan cepat terasa. Air mata yang mengalir bukan bererti lemahnya seorang mujahidah, tetapi mencari satu kekuatan baru untuk bangkit semula. Benar sekali, untuk berada dalam satu gerakan Islam, kita persetankan segala tribulasi, segala cabaran,kata-kata sinis, aya-ayat provokasi. Perlu diingat, satu jangka masa diperlukan untuk melatih hati immune dengan mehnah tersebut, agar hati menjadi lebih kental dan lasak.
Biji benih yang baru bertunas, jangan disiram dengan hujan yang lebat pasti mati sebelum bertunas. Meskipun air adalah keperluan asasnya untuk hidup. Begitu saya umpamakan dengan sikap muslimin yang over dengan provokasi yang menyebabkan muslimat terus menyusup ke lubang tanah tanpa kembali bangkit. Berpada-padalah… Jangan disebabkan sikap kita, patah sayap kiri gerakan Islam.

Motivasi-motivasi yang diberikan untuk membangkitkan gerakan muslimat ke hadapan sememangnya baik namun hanya memberikan short-term effect. Teori motivasi sudah ditolak oleh Barat kerana hanya berlegar-legar dengan persoalan ‘WHY’ tetapi tidak mencakupi persoalan ‘HOW’. Begitu juga, gerakan muslimat wajar menukarkan method tersebut dengan memberikan solusi kepada muslimat ‘bagaimana’ cara berubah. Bersama kita fikirkan method yang sesuai agar berjaya kita mencapai misi "mencari seribu jiwa srikandi silam'" demi kelangsungan gerakan agar tidak lesu.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase