Friday, March 26, 2010

Idaman Syahid.. Akhirnya ia milikmu

Salam untukmu, Marwa Sherbini. Semoga kami dapat mengikut jejakmu berbahagia di syurga bersama roh para syuhada..Syahid cita-cita kami tertinggi.. Amin

Sebuah kisah perempuan muslimah,syahid mempertahankan aqidah, tidak gentar dengan ancaman. Muslimah yang kental, matlamatnya yang pertama dan utama... MARDHATILLAH.



[Nama Marwa Sherbini,tidaklah sehebat Masyitah-si tukang sisir helaian rambut puteri Firaun. Masyitah wanita pertama yang dijanjikan Allah s.w.t syurga,adalah wanita mulia lantaran sanggup berkorban nyawa diri dan seisi keluarganya demi tidak menyekutukan Allah.

Namun Marwa Sherbini juga punya kisah mirip secebis daripada kisah Masyitah. Riwayatnya tamat di tangan seorang kafir kerana mempertahankan tudung yang dipakainya!

Marwa,32,seorang ahli farmasi dibunuh kejam dengan 18 tikaman oleh Alexander W.,28, atau lebih dikenali sebagai Alex iaitu jirannya sendiri di mahkamah wilayah Dresden Jerman.

Berasal dari Mesir, Marwa berkelana ke Jerman sejak 2003 mengikut suaminya Elwi Ali Okaz seorang siswazah yang menerima biasiswa untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Genetik di Universiti Menufiya.

Kisahnya bermula apabila Marwa yang sering diganggu jirannya itu memfailkan saman melalaui mahkamah akibat tidak tahan dengan tohmahan Alex yang memakinya ‘pengganas’ dan ‘pelacur’ di depan khalayak. Alex juga pernah bertindak melulu kea rah Marwa secara tiba-tiba untuk merentap tudung yang dikenakannya.

Alex,pemuda berketurunan Rusia dengan fahaman Neo-Nazi  itu akhirnya didenda 780Euro kerana kesalahan menghina Marwa. Namun atas alas an menganggur, Alex mengemukakan rayuan yang menyebabkan mereka terpaksa bersemuka semula di mahkamah.

Malangnya apabila perbicaraan dimulakan, Alez bertindak menerpa Marwa ketika wanita tersebut baru membuka mulut untuk memberikan keterangan. Sebilah pisau yang digenggam erat oleh Alex dihayunkan sebnayak 18 kali ke tubuh Marwa!

Lebih menyayat hati, Marwa semasa perbicaraan tersebut, sedang hamil tiga bulan dan tragedi yang berlaku awal Jualai lalu ini mengambil tempat di hadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun!

Suami Marwa pula, yang bertindak menahan Alex telah ditembak beberapa das oleh pihak keselamatan yang berada dalam perbicaraan tersebut dengan alas an melakukan serangan. Akibatnya, Elwi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital. Niat murninya untuk melindungi isteri menyebabkan dia terlantar koma selama 3 hari.

 Sesedarnya Elwi dari koma, baharulah dia mendapat tahu, isterinya telah meninggal serta-merta di dalam mahkamah akibat tikaman bertubi-tubi yang dierimanya. Jenazah Marwa kemudian di hantar ke kampung halamannya di Iskandariah untuk dikebumikan.

Sungguh menakjubkan,selaut manusai menyambut dan sanggup mengusung jenazah wanita mulia ini ke tanah perkuburan. Di Internet dan media cetak sibuk membicarakan tentang Marwa Sherbini dengan julukan Srikandi Hijab.

Ledakan rasa tidak puas hati umat Islam serata dunia melaungkan keadilan buat Marwa. Persoalan mereka, logikkah sebuah pembunuhan boleh berlaku di dalam mahkamah yang serba lengkap dengan kawalan keselamatan?

Apakah perbicaraan tersebut membuahkan keadilan yang sedang dineracakan? Timbang tara sebuah isu Islam yang diwakili oleh Marwa telah ‘dihukum’ oleh kuasa musuh yang simbolnya di sini ialah Alex!
Layaknya MArwa digelar srikandi Islam alaf baru. Usaha mempertahankan tudung yang dipakainya bukan sekadar menggayakan fesyen warna-warni yang menutup kepala,namun lambang maruah diri,akidah dan agama.

Nyawa sebagai galang ganti bukti ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Tuhan pencipta sekalian alam ini. Sanggupkah anda berkorban sehingga sebegitu rupa?Semoga Aidiladha membawa keinsafan kepada umat Islam untuk bersatu]

Sumber; Majalah WANITA (November 2009)
Penulis;NORFAIZA ISMAIL (Catatan Luar Negara)

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase