Sunday, October 25, 2009

Saya mahu cerdik tapi...

Dr Tariqurrahman, pensyarah biochemistry saya akhirnya pandangannya tentang maksud cerdik. Bukan secara spesifik tapi dalam bentuk cerita. Soalan yang pertama diajukan kepada kami, “adakah kamu rasa orang Jepun itu cerdik?”

Bagi saya Jepunlah negara maju yang dapat mengalahkan negara lain dalam bidang teknologi. Mengalahkan negara-negara barat yang mendabik dada sebagai penjajah dan pelopor Revolusi Perindustrian. Atas sebab inilah Tun Dr. Mahathir melancarkan Dasar Pandang ke Timur dan menyeru rakyat Malaysia menjadikan Jepun sebagai role-model dalam melestarikan Wawasan 2020.

Tanpa menunggu lama, dia kembali bertanya bakal saintis muda di depannya, “Adakah dianggap cerdik orang bekerja 24jam, siang malam, pagi dan petang semata-mata untuk mencari wang?. Tiada bezalah orang Jepun dengan nenek moyang kita yang sejak dulu lagi mencari wang, hatta kita sekarang juga membanting tulang mencari wang. Jadi di mana sebenarnya beza orang cerdik atau bodoh?”

Dari keyakinannya, generasi sahabat dahulu dianggap golongan yang cerdik kerana bila turunnya satu ayat Allah menceritakan tentang tanda-tanda kekuasaanNya, mereka terus memerhatikan ciptaan alam sekeliling dan beriman tanpa ragu. Berbeza dengan kebanyakan saintis Muslim sekarang yang membuat beribu-ribu kajian saintifik namun semakin jauh dariNya. Rumit sebenarnya tafsiran cerdik ini. Saintis takkanlah dianggap bodoh? Jika bodoh, macam mana boleh belajar ke sampai peringkat pHD dan menyiapkan beratus-ratus tesis?

Pernah dengar istilah HIKMAH? Doa yang selalu kita baca sebelum belajar (Allahummaftah alaina HIKMATAKA wansyur alaina min khazaaini rahmatika ya arhamarrahimin). Kita memohon kepada Allah agar dikurniakan hikmah, bukan intelligence. Hehe, ke baru sedar?

Nabi pernah mengkhabarkan bahawa di akhir zaman akan hikmah akan semakin hilang, maka ambillah ia di mana sahaja kamu jumpainya.(Kuliah Jumaat 9/10/09, Ust Fadli Shaari- Saya tak tahu matan atau perawi hadisnya, maaf..)

Ya, ada perbezaan antara intelligence dengan hikmah. Intelligence ia berkaitan dengan aktiviti neuron di dalam otak, tetapi hikmah mempunyai maksud yang tersendiri. Hikmah ialah sifat/ keadaan yang melekat di jiwa yang membolehkan kita mengecam baik dan buruk, benar dan salah, hak dan batil etc.

Pengecaman antara betul dan salah ni susah untuk dilakukan kecuali bagi mereka yang mempunyai hati yang hidup sahaja. Kita tidak dapat mengecam sesuatu itu salah sebab dua faktor;
1)tiada ilmu
2)kalis dengan benda yang salah sebab sudah menjadi rutin amalan tak kira dalam keluarga, masyarakat atau negara

Contoh paling mudah kita anggap betul tetapi salah ialah sambutan kongsi raya. Sedangkan tokoh negarawan turut menganggap ia ialah langkah yang positif untuk menjayakan ‘One Malaysia’ tapi dari sudut syariat ia salah.Boleh menyebabkan aqidah rosak.

Jadi, di sinilah perlunya hikmah untuk menyelamatkan kita dari tersesat dan lemas mengikut arus masyarakat yang jahil. Ayuh bersama kita mulakan langkah mencari hikmah yang hilang!

2 comments:

Huda Idris said...

kalu ade org yang nak jadi hebat mcm stephen hawking tu, mesti bleh lg hebat, sbb dia islam, ade peluang besar dapat hikmah. hikmah + intelligence = superb!

slamat berusaha =) hehe

Unknown said...

"hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana kamu jumpai, ambillah"

kalau xsalah

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase