Saturday, October 24, 2009

Bangunlah Mata

Saya terbangun jam 2pagi,dikejutkan sebuah mimpi yang menakutkan..

Beberapa hari ini saya belitan mengantuk dan malas yang mencengkam, mungkin saya patut tukarkan arahan kepada otak, ‘lawan nafsumu, bukalah mata!’ Jadi ia memerlukan mujahadah yang sangat tinggi dan pengorbanan yang bukan sedikit.

Tapi saya selalu rebah dan tersungkur untuk menghadapi kedua-dua cabaran ini sejak dahulu lagi. Doakan agar saya diberikan kekuatan olehNya kerana doa memohon kebaikan seorang sahabat kepada saudaranya tak mungkin akan ditolak oleh Allah.Bahkan malaikat-malaikat turut mendoakan agar apa sahaja hajatnya(orang yang berdoa) dikabulkan.Mengantuk bukan sebab letih bekerja atau belajar tetapi disebabkan badan yang lemah dan lesu. Insyaallah penawarnya akan dicari.

Alhamdulillah Allah membenarkan saya aktif semula ketika semua rakan sebilik nyenyak dibuai tidur. Mimpi itu telah membukakan mata saya seluas-luasnya lantas Dia memberikan saya hidayah untuk mengamalkan doa yang telah lama diijazahkan oleh ustaz di matrik dulu. Subhanallah, segalanya ada hikmah tersembunyi.Badan terasa segar semula.

Percayakah tentang kita memerlukan benteng untuk mengawal diri dari syaitan terutama ketika tidur? No wonder Rasulullah juga mengajar umatnya adab-adab tidur ,betapa cantiknya ajaran Islam. Pertahanan atau benteng ini amat penting terutamanya bagi muslimah ketika tempoh tidak boleh bersujud kepada Rabbnya. Satu lagi nasihat yang diberikan oleh Ust Mohd Nor Husin (ustaz saya yang mengajar nahu soraf dan Bahasa Arab Tinggi)kepada puteri-puterinya dahulu agar tidak mendekat kepada tempat sembahan orang Buddha yang biasa diletak di kedai orang Cina. Bimbang mudah terkena gangguan syaitan terutama bagi muslimah yang uzur.

Ok, sekarang tiba masa untuk cergas semula, lupakan kegagalan lalu, bina semangat baru. Siapa kata tiada ujian dalam menuntut ilmu…?

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase