Tuesday, October 27, 2009

Pandangan Saya Seorang Rakyat

Sebaik sahaja tayar kereta mencecah pintu sempadan ke negeri Serambi Mekah, hati dapat merasai keberkahan dan ketenangan. Sukar untuk digambarkan tetapi dapat dirasai. Tambah unik lagi apabila board “Membina Generasi Al-Quran” tertegak megah menyambut kepulangan si musafir. Potret wanita muda sedang mengajar anak-anak kecilnya Kalamullah begitu mengharukan dan menggambarkan visi pimpinan negeri sebenarnya.

Biah solehah negeri ini lebih jelas terpancar terutama pada bulan Ramadhan. Program Ihya’ Ramadhan dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negeri. Galakan dari kerajaan negeri untuk menghidupkan malam-malam dengan qiamullail serta membasahkan lidah di siang hari dengan tadarus Al-Quran cukup mengesankan. Padat masjid-masjid dengan rakyat yang mengharapkan penyucian dosa dari Rabb.

Kebiasaan stadium-stadium dijadikan tempat konsert dan pesta-pesta melalaikan. Berbeza sekali bila mana Stadium Sultan Mohamad ke-4 dijadikan lubuk untuk rakyat memburu Lailatul Qadar sejak dari 2Ramadhan. Pemandangan lautan manusia yang berbuka puasa di tengah-tengah padang stadium bersama keluarga adalah rutin di Kelantan mungkin agak pelik di tempat lain.

Keunikannya bertambah bila T.G.N.A mencetuskan idea untuk menggalakkan rakyatnya bersedekah. Khemah untuk rakyat bersedekah dengan memberi makan orang yang berbuka puasa didirikan ditengah-tengah Bazar Ramadhan di stadium. Sedekah bukan berbentuk wang tetapi makanan yang kita beli boleh dikorbankan sedikit untuk memberi makan orang berpuasa meskipun sebiji kuih “onde-onde”(buah Melaka).

Budaya “Fastabiqul khairat” (berlumba-lumbalah berbuat kebajikan) dapat dipraktikkan oleh rakyat kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan, ruang dan peluang untuk merebut pahala buat bekalan di hari esok.

Suasana-suana yang saya lalui ini lebih menjadi pengukuh keyakina betapa pentingnya pemilihan pemimpin yang dapat menolong kita bukan sahaja di dunia tetapi ketika bertemuNya. Ramai pemimpin sekarang bercakap tentang pembinaan tamadun, tetapi gagal memahami maksud tamadun yang perlu dibangunkan berasaskan ilmu, bukan material/pembangunan semata-mata.

Bangunan akan runtuh, tetapi ilmu yang diberi untuk mengenal Allah adalah aset penting perlu dibawa bertemu Allah. Pilihlah pemimpinmu dengan bijak, bukan hanya untuk di sini tetapi juga untuk ke sana!

1 comments:

Asif al Mujahid said...

semoga terus istiqamah dlm perjuangn Islam...

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase