Thursday, October 29, 2009

Jurutera

‘Ir Samad bin Sabu’.Gelaran Ir pada pangkal nama seseorang menjadi penanda aras sejauh mana hebatnya seorang jurutera.Berapa banyak jasa ditabur dalam bidang kejuruteraan serta jumlah projek yang telah berjaya dilaksanakan.

Allah sebagai jurutera pertama alam ini atau lebih tepat sebagai Al-Khaliq. Manusia mencipta perlukan raw material seperti besi atau air atau minyak dsb. Namun Allah mencipta tanpa perlu bahan-bahan ini, Dia mencipta dari yang tiada kepada ada.

Lihat sahaja penciptaan alam ini,betapa unik,halus dan teliti penciptaannya. Usahkan alam sekeliling, kita sendiri tidak mengetahui segala proses yang berlaku di dalam badan sendiri. Jika benar manusia bisa melaksanakan semua perkara, cuba tahan badan dari diserang penyakit.Makanlah beratus jenis ubat manusia tetap mati.

Bila kita beli sesuatu mesin, pasti dikepilkan bersama manual penggunaannya. Begitu juga Allah selaku jurutera Maha Perkasa menyediakan manual bagaimana sepatutnya manusia berfungsi yang digezekkan dalam Al-Quran. 6666 ayat,30 juzuk, 114 surah menjadi penyuluh jalan bagi kita.Sekiranya ditinggalkan kekallah kita dalam kegelapan yang nyata.

Kemudian Allah utuskan kepada kita professor/murabbi/guru menunjukkan serta menerangkan kalamullah serta menjadi contoh untuk menjalani kehidupan di dunia. Dialah Rasul yang bersifat benar tutur kata serta tingkah lakunya. Sanggup dicaci dan dinista sema-mata menerangkan kebenaran dari menukarkan tugas dakwah dengan kenikmatan dunia.

Kenapa masih lagi menjadi manusia yang kufur kepada semua nikmatNya? Menyatakan kita hidup tiada tujuan ubudiyyah? Hanya bersenang lenang tanpa kembali merenung tujuan penciptaan manusia. Adakah ada jurutera yang bodoh menciptakan bangunan tanpa tujuan? Apatah lagi Allah,Dia menciptakan manusia pasti punya tujuan.

Murka Allah bagi yang sudah mengetahui hakikat kebenaran namun masih tak faham bahasa dan ingkar. Tunggulah hari kiamat nanti, janjinya tetap pasti. Dilemparkan mereka ini seluruhnya ke dalam api neraka dan Allah langsung takkan mempedulikan teriakan, tempikan serta raungan mereka agar diberi belas diringankan azab.

Hari kiamat nanti,api neraka akan kenal siapakah penghuni-penghuninya. Apa yang pelik? Hatta di dunia pun api boleh mengenal minyak dari air. Maksudnya bila diletakkan minyak serta air berdekatan api, pasti api terus menyambar minyak. Attraction ini tidak mustahil akan berlaku di akhirat kelak.

Jadi, hidup ini merupakan tempat bercucuk tanam untuk kita bawa bekalnya bertemu Allah. Menabunglah pahala di dunia agar kita dapat assetnya di akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase