Sunday, February 20, 2011

There It Is

Imaginasi saya menggambarkan orang-orang yang hebat datang memberi saya sesuatu..

‎Rasulullah s.a.w: "Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut." (Riwayat Bukhari & Muslim)

 Lukmanul Hakim: "Wahai anakku Ainun, bergaullah dengan ulama dan dengarkanlah perkataan ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah (Ilmu) sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan yang lebat"

Ali bin Abi Talib: "Ilmu adalah sebaik-baik pusaka (warisan)."

Imam Syafi'e:"Orang yang tidak menyukai Ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya"
"Menuntut Ilmu lebih utama daripada solat sunat"
"Tidak ada yang lebih utama sesudah pekerjaan fardhu selain menuntut ilmu"

Ahli Hikmah:
"Ilmu yang ada di dalam hati laksana matahari pada tempat peredarannya dan Ilmu yang ada pada seseorang laksana mahkota bagi raja"

Ahlus Sya'ir
: "Orang 'alim itu mulia walaupun ia kecil, sedang orang bodoh itu kecil walaupun ia tua renta. Belajarlah kamu kerana tidak seorang pun lahir dalam keadaan berilmu. Tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang bodoh. Sesungguhnya pembesar sesuatu kaum yang tidak berilmu itu kecil apabila berkumpul dalam majlis"

Daripada Kitab Ihfazillah Yahfazka - Karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni. Sedutan daripada VCD Carilah Redho Allah.

p/s: Satu lagi ustaz pesan, kecantikan yang hakiki sebenarnya terletak pada ILMU dan AKHLAK.

Friday, February 11, 2011

Inilah CITA-CITA Unggul Kami

Bahawasanya hidupku adalah milik Allah dan pastinya ISLAM ikutannya.

Bertuah dan beruntung bagi sesiapa yang dipilh oleh Allah untuk berada di jalan perjuangan. Kerana ia jalan yang telah diladeni oleh para nabi, siddiqqin, syuhada’ dan solihin. Hamparan syurga di hadapan dengan cara short-cut iaitu JIhAD.

Tunggu kami wahai pejuang-pejuang Allah!!

Kami masih bertatih ke sana. Kami masih belajar berjalan dan sering kali rebah bila berlari. Kaki sering juga tersadung di jalan yang beronak liku ini.

Kami masih di pinggiran perjuangan. Kami masih di tepian. Namun matlamatnya jelas iaitu berlari menggapai MarDhatillaH.

Ya Allah Ya Bari’, Engkau aturkanlah hidup kami mengikut agendaMu. Jangan Kau biarkan kami mengaturkan hidup kami mengikut agenda kami tersendiri. Aturkannya dengan aturan yang paling indah sebagaimana Kau aturkan hidup Rasul kami, Muhammad s.a.w. Biarpun di permulaan hidupnya sebagai yatim, namun di akhirannnya sebagai kekasih. Permulaannya miskin kedana namun akhirannya gah namanya di cakerawala. Susahnya baginda adalah aturanMu. Sedihnya baginda, dalam ilmuMu. Kerana Engkaulah Al-Bari’ yang Maha Indah mengatur hidup hamba.

Masukkan nama kami sebagai saff pertama menjulang agamaMu. Meskipun tidak ternampak di mata manusia, namun di sisi penilaianMu EXCELLENCE,MUMTAZ, A+. Pilihlah kami. Caturkan waktu kami seharian dengan agenda agamaMu. Kami tak besar dan kami tak kuat,  Apa yang penting??? KEKUATANMU, SEMANGAT YANG DITIUPKANMU, JAGAANMU agar terus istiqamah di jalanMu.

Alirkan kalimah LAA ILAHA ILLALLAH dalam darah kami dengan permulaan setiap degupannya ialah namaMu ‘ALLAH’. Biar mengalir dalam segenap urat-urat sendi kami roh perjuangan, yang akhirnya harum tubuh kami bermandikan darah yang diiktirafmu sebagai SYUHADA’. Saat roh kami diangkat ke langit untuk bertemuMu, heboh sang malaikat bertanya sesama sendiri siapakah gerangan yang mampu mencapai martabat yang lebih mulia dari mereka di sisiMu? Itulah kami…. Itulah kami.. PilihanMu.

Coretan ini adalah cita-cita. Cita-cita agung kami kerana kami yakin, cita-cita kan menjadi nyata dengan qudrat dan iradatMu. Doa kami, angkatlah nama kami untuk memenuhi list name para syuhada’, para mujahid dan para siddiqin. Ruginya kami bila di dunia hanya mampu mengumpul harta bukan mengumpul pahala. Kerana bumi ini adalah hamparan subur untuk menanam benih syurga….

Bahawasanya hidupku adalah milik Allah dan pastinya ISLAM ikutannya

Bertuah dan beruntung bagi sesiapa yang dipilh oleh Allah untuk berada di jalan perjuangan. Kerana ia jalan yang telah diladeni oleh para nabi, siddiqqin, syuhada’ dan solihin. Hamparan syurga di hadapan dengan cara short-cut iaitu JIhAD.

Tunggu kami wahai pejuang-pejuang Allah!!

Kami masih bertatih ke sana. Kami masih belajar berjalan dan sering kali rebah bila berlari. Kaki sering juga tersadung di jalan yang beronak liku ini.

Kami masih di pinggiran perjuangan. Kami masih di tepian. Namun matlamatnya jelas iaitu berlari menggapai MarDhatillaH.

Ya Allah Ya Bari’, Engkau aturkanlah hidup kami mengikut agendaMu. Jangan Kau biarkan kami mengaturkan hidup kami mengikut agenda kami tersendiri. Aturkannya dengan aturan yang paling indah sebagaimana Kau aturkan hidup Rasul kami, Muhammad s.a.w. Biarpun di permulaan hidupnya sebagai yatim, namun di akhirannnya sebagai kekasih. Permulaannya miskin kedana namun akhirannya gah namanya di cakerawala. Susahnya baginda adalah aturanMu. Sedihnya baginda, dalam ilmuMu. Kerana Engkaulah Al-Bari’ yang Maha Indah mengatur hidup hamba.

Masukkan nama kami sebagai saff pertama menjulang agamaMu. Meskipun tidak ternampak di mata manusia, namun di sisi penilaianMu EXCELLENCE,MUMTAZ, A+. Pilihlah kami. Caturkan waktu kami seharian dengan agenda agamaMu. Kami tak besar dan kami tak kuat,  Apa yang penting??? KEKUATANMU, SEMANGAT YANG DITIUPKANMU, JAGAANMU agar terus istiqamah di jalanMu.

Alirkan kalimah LAA ILAHA ILLALLAH dalam darah kami dengan permulaan setiap degupannya ialah namaMu ‘ALLAH’. Biar mengalir dalam segenap urat-urat sendi kami roh perjuangan, yang akhirnya harum tubuh kami bermandikan darah yang diiktirafmu sebagai SYUHADA’. Saat roh kami diangkat ke langit untuk bertemuMu, heboh sang malaikat bertanya sesama sendiri siapakah gerangan yang mampu mencapai martabat yang lebih mulia dari mereka di sisiMu? Itulah kami…. Itulah kami.. PilihanMu.
Coretan ini adalah cita-cita. Cita-cita agung kami kerana kami yakin, cita-cita kan menjadi nyata dengan qudrat dan iradatMu. Doa kami, angkatlah nama kami untuk memenuhi list name para syuhada’, para mujahid dan para siddiqin. Ruginya kami bila di dunia hanya mampu mengumpul harta bukan mengumpul pahala. Kerana bumi ini adalah hamparan subur untuk menanam benih syurga….

Friday, October 22, 2010

Ujian Yang Dirancang

Diriku menunggu ujian yang dirancang..

1 November 2010, satu lagi detik yang akan tiba menuntut keikhlasan yang dinilai

Ku melihat ramai yang mengejar, mengejar dan mengejar. Sempat kumenjerit pada mereka “tunggu aku! inginku mengikut jejak-jejak kalian”

Rupanya, bila langkah kami bertambah dekat kusedari kami mengejar tujuan yang sama tetapi matlamat yang berbeza. Perlukah ku menurut dan membuntuti langkah mereka lantas meninggalkan matlamatku?

Owh, tak sama!

Mereka mengejar sistem.. mengejar pointer..mengejar scroll ijazah.. mengejar kerjaya juga

Kuhentikan langkah.. langsung tak bergerak. Aku sudah tak mengejar segala. Langkahku langsung mati di situ. Mati. Titik!

Kubuka hatiku.. Kutanggalkan skru-skru lantas ku membelek2 dan menilik hati mencari di mana ku tinggalkan nilaian IKHLAS.. “IKHLAS! Masihkah lagi berbaki di hati? Ataukah Kau terjatuh ketika kami berlari2 mengejar exam?”

Kucari sebuah teduhan MUHASABAH. Meskipun mujahadah masih belum bertandang. Yang penting set the point to go..Kalau sesat, Unit AMAL tiada untuk menunjukkan jalan pulang.

Di bawah teduhan muhasabah ku tercari-cari jalan ke mana untuk dituju kerna mereka makin menjauh meninggalkan. Mutiara jernih selalu menitis demi mencari sebuah jawapan. Selalu sahaja kegagalan datang menjengah sebelum kutemui jawapan itu.

AL-HADI datang menghulurkan tanganNya memimpinku. Ditemukanku dengan murabbi-murabbi yang menunjukkan jalan untuk ku belajar ILMU IKHLAS. Mereka memperkenalkan padaku Al-Wakil bukan sekadar mengenal dengan akal bahkan mencicip nikmat dengan hati. Membenamkan keyakinan yang mendalam lebih dalam dari Lautan Hindi dan lebih tinggi dari Gunung Himalaya.

Bertawakkal pada Al-Wakil dan bertawakkal sebelum berusaha. Aik? Ajaran sesat ke ni?

Faiza ‘azamta fa tawakkal ‘alallah..

Dari ilmu yang dipelajari dari Ustaz Amru Khalid, kumengertikan bahawa tawakkal itu sebagai kita menyempurnakan ‘sebab’ dengan anggota badan dan memutuskan ‘sebab’ itu dari hati kita. Kalau bahasa mudahnya ku analogikan dengan satu keadaan..

  • Aku berjaya dalam exam kali ni sebab dari awal lagi aku usaha (SALAH)
  • Aku berjaya dalam exam kali ini sebab Allah dan Dia yang memberikanku ruang untuk usaha dari awal lagi (BETUL)

Putuskanlah segalanya dari hati. Letakkan segalanya Allah. Kita bersandar kepada Allah yang berdiri dengan sendiri, sandaran yang paling teguh dan paling kukuh. Rendahkan hati kerana ‘we are zero’. Kalau usaha bagai nak rak pun, kalau Allah nak, Dia boleh buat Kita lupa segala, atau tangan tak boleh bergerak, tak nampak soalan etc. Dia Maha Kuasa. Jangan rasa diri hebat sangat! Gantungkan segalanya pada Allah…

Percuma! Segalanya makin jelas.

Sekarang tiba masanya kutinggalkan teduhan Muhasabah untuk meneruskan perjalanan mujahadah. Ku memandang ke hadapan dan mataku lurus melihat sebuah ke destinasi ‘ALLAH..ANTA MAQSUDI WA RIDHOKA MATHLUBI’ Kuserahkan urusanku segalanya pada Allah untuk menguatkanku di jalan mujahadah ini..Diiringi dengan kalungan-kalungan doa ibu yang pasti dimakbulkan.

Tuesday, August 31, 2010

ILAHI YA ALLAH

Ramadhan tinggal lagi 8 hari
Allah, Ramadhan ini sangat bermakna kerna Kau rezekikanKu dengan kelembutan kasihMu. Persediaan dari Rejab, Syaaban hingga terus melangkah ke Ramadhan.
Tapi kini, 22hari sudah berlalu pergi.

Pada bulan ini ku kumpulkan kekuatan yang sudah lupus, ku bina semula keyakinan pada Nasrullah yang pasti. Berusaha melangkah padaMu, di kiri dan kanan yang penuh dengan duri.

Ya Allah, titisan air mataku kuharap ia menjadi bukti cinta kita. Terimalah ia sebagai jua ibadah.
Dulu ku pernah menagih simpati kasih manusia, namun luka hatiku makin parah.  Tiada ketenangan, tiada keringanan bahkan makin memberat. Ku mencari nilaian ukhuwwah sahabat, namun tetap sama mereka padaku. SimpatiMu terus meresap ke lubuk hatiku, terdengar ayat-ayatMu memujukku agar  sentiasa bertabah. Ku buka lembaran itu, betapa mulusNya Engkau Ya Latiff menghadiahkanku ayat ini:

"Betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka TIDAK LEMAH kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, TIDAK PATAH SEMANGAT dan TIDAK PULA MENYERAH (kepada musuh). ALLAH CINTA ORANG-ORANG YANG SABAR."

Jika harga cintaMu ialah sabar, akan kutetapkan hati ini untuk terus bersabar . Maaafkan hambaMu andai sering kalah dengan ujianMu, berilah kekuatanMu Ya Qawiyy Ya Matin. Maafkan aku jika air mata ini sering menitis kerna ketidaksabaranku. Maafkanku kerna mencari makhluk buat penenang dukaku. Maaf Allah…
.

Hulurkan pertolonganMu padaku, keluarkanku dari kesedihan dan kelemahan. Hadiahkanku kekuatan Allhu musta’an..  Janganlah kiranya harapanku padaMu pudar, kunantikan pertolongan dan jalan dariMu. Tunjukkanlah Allah… Ku tahu kau tak sesekali menolak permohonan orang-orang yang berpuasa kernaMu.

UntukMu Tuhanku..

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Monday, August 30, 2010

Hatiku terus BERKATA

Salam, setelah kesekian kali tidak mencoret di blog ini..
Kini kuhadir lagi untuk meluahkan rasa, berkongsi perasaan. Semoga ada kelegaan dan mampu memberikan manfaat untuk kalian semua.

Ya Allah, kakiku belajar untuk melangkah merapat padaMu. Tanganku dihulur untuk menyambut kasih sayangMu.
Namun kekotoran diri dan jiwa ini menyebabkan tak mampu ku mendekat.
Kubuka lembaran itu.
KataMu.. Ujian ini adalah untuk menyucikan diriku
Terkadang ku tenggelam dengan 1 pintu kesedihan tetapi lupa pada 9 lagi pintu nikmat yang Kau berikan. Layakkah hamba Ya Allah? Menjadi orang bukan setakat sabar tapi juga bersyukur padaMu?






Tuhan,
Terasa lembutnya belai sayangMu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi adakalanya terasa membahang kemurkaanMu
Seiring patahnya sayap mujahadahku

Tuhan, langkahku bagaikan mati
Mendaki  kasihmu nan sayup tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Biar langkahku ke sana sering terganggu

Tuhan,
Terlerai sudah ribuan taubatku
Terungkai bersama semua janjiku yang dulu
Kataku sering mungkir
Walau kutahu cintaMu tak pernah meminggir

Tuhan,
Walau apapun aku masih terus di sini
Mengemis di dermaga janjiMu yang pasti
Di sini aku masih mendamba kasihMu
Kerna kuyakin
KASIHMU TAK PERNAH SIRNA SELAMA-LAMANYA



Sunday, August 15, 2010

Sedingin Pujukan Ilahi

Ya Allah Ya Tuhanku,.aku bukanlah hamba-Mu yg tidak menjalankan perintah-Mu, .aku bersolat Ya Allah,.aku juga berpuasa Ya Allah,.aku cuba mendekati-Mu tp mengapa Kau masih mengujiku dengan ujian ini Ya Allah..apa maksud disebalik ujian-Mu ini Ya Allah..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(Al-Ankaabut: 2-3)

Saat ini tiada seorang pun mahu membantuku Ya Allah,.aku keseorangan Ya Allah,.aku kebuntuan Ya Allah..aku kesedihan Ya Allah..apa yang harusku lakukan Ya Allah...katakanlah..

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) , tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar."(At-Taubah:129)

Ya Allah,.sesungguhnya Kau Maha Berkuasa Ya Allah,.mengapa tidak Kau sahaja yg memperbetulkan keadaanku ini Ya Allah,.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri(Ar-raad:11)

Oleh itu,.apakah langkah pertama yang harusku lakukan untuk menghadapi ujian-Mu ini Ya Allah,.bagaiamana aku dapat mententeramkan hati yg gundah-gulana ini Ya Allah..

"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Ar-raad:28)

Akan tetapi aku sudah lakukan begini dan begitu,.namun mengapa ianya tidak seperti yang kuharapkan Ya Allah..mengapa tidak seperti yang kuimpikan Ya Allah..Engkau mengetahui bahawa aku suka itu dan ini manakala benci itu dan ini,.namun mengapa Kau tidak membantuku Ya Allah...

"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah: 216)

Namun aku melihat ujian-Mu ini terlalu besar Ya Allah,.terlalu berat untuk kuhadapi,.adakah Kau patut membebaniku dengan ujian seberat ini sedangkan Kau Maha Adil Ya Allah..

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."(Al-Baqarah: 286)

Kini aku hanya mampu menangis kerana kesedihan ini Ya Allah,.aku mnjadi putus asa,.aku hilang daya,.aku kini tidak lagi bernilai di mata dunia Ya Allah..sekiranya aku tidak kisah pandangan mata dunia dan hanya mengharapkan namaku disebut2 penduduk langit, bagaimanakah caranya Ya Allah...

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman"(Al-Imran: 139)

Adakah masih ada jalan keluar bagiku Ya Allah..apakah jaminan-Mu pada hamba-Mu yang lemah, sedih dan kesempitan ini Ya Allah..

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."(At-Thalaq:2- 3)

Kini hatiku bertambah tenang Ya Allah,.namun berapa lama harus aku memerangi kesukaran ini Ya Allah,.adakah ianya akan berlarutan hingga akhir hayatku Ya Allah..

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"(Al-Insyirah: 5-6)

Alhamdulillah, .aku yakin dengan Kalam Mu Ya Allah..aku akan hadapi ujian hidup ini dengan hati yang berlapang dada,.insyaAllah. .

So,.in time of difficulties, .do not say "Ya Allah,i've got big problem", bt instead, "hey problems, i have the Almighty God (ALLAH) and everythings gonna b alrite".. InsyaAllah

By: Aina Mardhiah
 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase