Saturday, December 3, 2011

Kembali setelah lama menyepi

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama benar tak menulis blog ni. Mungkin 9 bulan ke belakang..

Kenapa tak menulis blog? Sebab rasa macam tak de orang minat nak baca.. Biarlah, saya nak tulis juga kali ni walaupun tak sesiapa membacanya. Dan tambahan pula tak ingat nama akaun dan password sendiri.

Kalau lama tak menulis, otak dan akal menjadi beku. Tangan jadi kaku. Idea tak laju.

Ok, just striving to give something for everybody.

Jadikan cintaMu hanya untuk Allah. Keluarkan dunia dari hati, pasti Allah akan bertakhta di hati. Bila kita letakkan dunia di hati, maka tiada ruang untuk Allah di hati kita.  Kerana hati tidak boleh dicampur antara dunia dan Allah..

Dunia ni macam-macam, cinta kaya, cinta bisnes, cintakan manusia, cinta gaji, cinta jawatan dan macam-macam lagi cinta lain. Memang manusia akan cenderung kepada wanita, anak-anak, barang hiasan, kereta, emas, perak dsb. Tapi perasaan ini sengaja dicampakkan oleh Allah untuk menguji manusia. Apakah ujian itu? Dia mahu menguji sama ada kita memilih Allah atau kita pilih barang-barang lain.

Semoga kita sama-sama faham matlmat sebenar kita datang ke sini. Pada mulanya kita di hantar ke sini untuk menjadi pemimpin dunia dalam masa yang sama merendah diri kerana kita tetap hambaNya. Kemudian akhirnya semua akan menuju yang destinasi satu iaitu MAT kembali semuala menemui pencipta. So, choose your way to choose Allah sebagai penakluk utama hati.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 TaiFa_IFFaH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase